Saturday, July 18, 2009

Apa sebenarnya terjadi di Iran?

Artikel berikut diambil dari Malaysiakini.com yang ditulis oleh Hishamuddin Rais. Seorang bekas aktivis pelajar yang diburu kerajaan hingga melarikan diri ke luar negara sejak peristiwa Baling 1974. Saya tidaklah bersetuju 100% peratus dengan artikel ini dan tidak pula menolak 100 % hasil tulisan Hishamuddin Rais ini. Namun, dengan latar belakang perjuangan mahasiswa dan banyak pemahaman tentang sejarah dan ekonomi, menjadikan hasil tulisan beliau amat menarik sekali. Selamat membaca!.



Apa sebenarnya terjadi di Iran?
Oleh : Hishamuddin Rais


Salah kalau kita mengatakan bahawa tunjukan perasaan di Tehran dan kota-kota lain di Iran sebagai protes hanya tentang pilihanraya sahaja. Hakikatnya Mahmoud Ahmadinejad telah menang.

Juga salah untuk mengatakan bahawa tunjuk perasaan ini antara golongan liberal yang menentang golongan konservatif alias kolot.

Hakikatnya kedua-dua kumpulan yang sedang bertelagah sama-sama mewakili theocracy yang kolot.Mir Hossein Mousavi sebelum ini pernah menjadi perdana menteri dari 31 Oktober 1981 hingga 3 Ogos 1989. Kemudian jawatan perdana menteri dilupuskan.

Memang betul Amerika Syarikat semenjak dari zaman George W Bush menganjurkan dan mengeluarkan dana untuk membuat kerja-kerja jahat terhadap Iran. Amerika Syarikat menyokong kumpulan-kumpulan dan parti-parti politik yang menentang kerajaan di Tehran. Ia memang tugas kuasa imperial Amerika Syarikat.

Tetapi Mousavi dan Ahamadinejad tidak pro-Amerika - ini amat jelas. Mereka bukan boneka Amerika.Amerika Syarikat masih dianggap sebagai "setan dunia" oleh kelas pemerintah di Iran. Tidak ada pemimpin politiknya secara terang-terangan yang akan berani membuat dasar pro-Amerika kerana sebab-sebab sejarahnya.

Pada 1953, Mohammed Mosaddeq memenangi pilihanraya dan dilantik sebagai perdana menteri Iran. Mosaddeq yang menjalankan dasar nasionalis telah memiliknegarakan semua telaga minyak Iran. Mosaddeq akhirnya telah ditendang keluar. Rampasan kuasa menendang Mosaddeq ini perancangan agensi perisikan CIA. Setelah Mosaddeq ditendang, syarikat minyak Anglo-Amerika dibawa masuk kembali. Untuk menggantikannya, Shah Ahmad Reza Pahlavi dinobatkan oleh CIA sebagai raja sehingga tahun 1989 apabila revolusi Iran melupuskan sistem beraja di Iran.Maklumat ini fakta sahih. Pada 4 Jun lalu, presiden Amerika Syarikat yang baru Barack Obama sendiri mengakui perkara ini dalam ucapan di Kaherah.

Ucapan Obama kepada "warga Islam" sejagat dibuat dalam usaha Amerika ingin berbaik-baik kembali dengan Iran.Mari kita memahami siapa penyokong Ahmadinejad dan siapa pula penyokong Mousavi.Semua yang menyokong Mousavi dan Ahmadinejad adalah orang Iran atau Parsi. Mereka semua beragama Islam – aliran Syiah. Hanya wujud kumpulan kecil di beberapa wilayah seperti di Baluchistan yang bermazhab Sunni. Mereka ini amat bersedia untuk menjadi khadam Amerika. Dua minggu sebelum pilihanraya dijalankan, ada letupan bom di Zehdan – ibu kota Baluchistan. Pengeboman ini kerja barua Amerika. Hakikatnya mazhab Sunni amat kecil untuk dapat melakukan apa-apa perubahan sosial.

Jadi apa sebenarnya yang berlaku di Tehran? Semua analisis akhiranya menjurus kepada kepentingan ekonomi dan kelas.Ahmadinejad mewakili golongan bawahan – kaum tani di kampung-kampung dan kaum buruh di kota. Wajib difahami bahawa Iran bukan Tehran sama seperti Kuala Lumpur bukan Malaysia. Kaum tani dan kaum buruh ini dimanifestasikan melalui organisasi Basij. Basij asalnya kumpulan anak-anak muda kampung dan anak muda miskin kota yang direkrut ketika Iran dan Iraq berperang – 1980-1988. Basij berasal dari kumpulan sukarelawan tetapi dua tahun lalu ia diserap dalam pentabiran Ahmadinejad, sebagai presiden. Basij mendapat kontrak pembangunan, lesen-lesen dan memegang jawatan di lembaga-lembaga di beberapa pusat pentabiran kerajaan yang ditubuhkan oleh Ahmadinejad. Lembaga ini samalah seperti perbadanan kemajuan ekonomi negeri atau SEDC yang ditubuhkan oleh perdana menteri Razak Hussein dahulu. Ahmadinejad juga mendapat sokongan Pasdaran atau soldadu Penjaga Revolusi. Ia adalah pasukan tentera yang muncul di zaman Ayatolah Khomeini untuk memantapkan revolusi. Pasukan ini muncul sesudah revolusi untuk membersihkan tentera Iran di bawah pentadbiran Shah yang banyak menjadi tali barut Amerika Syarikat. Pasukan Pasdaran ini mendewasa dalam kancah perang Iran-Iraq. Basij dan Pasdran kini asas sokongan yang amat kuat untuk Ahmadinejad di kawasan luar bandar dan kawasan miskin di kota. Kuasa ekonomi baru Basij yang telah dilembagakan ini mula menghakiskan dua kumpulan kelas ekonomi lama.

Kumpulan pertama adalah kelas borjuis industri yang diwakili oleh Rafsanjani, seorang multibilionaire. Rafsanjani – wakil kelas borjuis nasional - melihat dasar Ahmadinejad telah mengetatkan lagi sekatan ekonomi yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat terhadap Iran.Rafsanjani taukeh kacang Pastichio ini sedang melihat bertan-tan kacangnya tidak dapat dieksport. Kelas ini juga ingin berkembang luas – dari borjuis nasional untuk menjadi pemodal yang besar – multinasional - untuk mencari pasaran dunia.Mereka juga bercita-cita untuk menjadi kelas industri tetapi telah gagal kerana wujudnya sekatan ekonomi.

Kumpulan kedua pula adalah apa yang dikenali sebagai Bazaari – ini kelas lama yang mucul dari zaman feudal. Bazaari adalah peniaga tradisional. Kalau di Malaysia mereka ini peniaga-peniaga Cina yang memiliki jaringan kedai-kedai perniagaan.Bazaari muncul sebagai kelas ekonomi yang kuat kerana mereka memonopoli dan mengendalikan jual beli di Iran. Ketika gerakan anti-Shah dahulu, kumpulan Bazaari ini menyokong Ayatolah Khomeini sehinggkan Iran menjadi lumpuh dan Ahmad Reza Pahlavi lari.Kelas bazaari ini juga memiliki pertalian yang amat kuat dengan struktur Syiah yang berpusat di Qum, kota suci penganut Syiah. Mereka memerlukan satu sama lain.Golongan agamawan di Qum memerlukan sokongan ekonomi alias duit kelas bazaari. Kelas ini pula memerlukan fatwa untuk "menghalalkan" apa sahaja perniagaan mereka, termasuk pelacuran yang ditafsirkan sebagai "nikah sementara". Kelas peniaga kecil ini melihat perniagaan di bazar mereka terbantut dan kelas mereka tidak dapat berkembang. Pelancong tidak masuk. Permaidani mereka tidak terjual dan tidak dapat dieksport. Kelas bazaari yang komprador - yang bergantung perniagaan dengan peniaga luar - kini melihat barangan mereka amat susah untuk diimport atau dieksport kerana sekatan ekonomi. Justeru amat jelas ada pertentangan kelas di sini. Ada pertentangan kepentingan ekonomi. Kumpulan borjuis lama - borjuis nasional dan kelas komprador yang diwakili oleh Rafsanjani-Mousavi sedang bertempur dengan kumpulan ekonomi kelas baru – kapitalis daulah yang diwakili oleh Ahmadinejad.

Justeru, keadaan ini membuktikan bahawa apa yang berlaku di Iran sekarang tidak ada sangkut-paut dengan Islam, dengan mazhab Syiah atau dengan agama.Krisis di Iran hari ini adalah pertentang kelas dan perebutan ekonomi. Jangan kita lupa, ada lagi satu kumpulan – monarki – saki-baki penyokong Shah Ahmad Reza Pahlevi. Mereka ini kelas feudal yang sedang menggelabah seperti polong tidak bertuan.Tuannya Reza Pahlavi anak Shah kini tinggal di Kaherah kerana menjadi menantu Anwar Sadat, bekas presiden Mesir.Kumpulan feudal kelas elit atasan ini bersarang di bahagian utara Tehran – kawasan ini samalah seperti Bukit Kenny di Kuala Lumpur atau Country Height di Kajang. Kumpulan ini berkumpul bawah televisyen satelit yang dimiliki oleh Reza Pahlavi yang dipancarkan dari Kaherah. Kelas feudal dan elit atasan ini – kumpulan Gucci dan Louis Vuitton – ini tidak ada sangkut-paut dengan demokrasi. Mereka ini lintah darat yang hidup senang-lenang ber-shopping di hujung minggu di London dan Paris di zaman Shah dahulu. Mereka ini sama dengan kaum keluarga anak beranak kroni-kroni Mahathir Mohamad. Mereka melihat "gaya hidup" mereka menjadi kacau-bilau sesudah berlakunya revolusi tahun 1979.

Jadi, siapakah pula yang berdemonstrasi di jalan raya yang membantah keputusan pilihanraya? Semua yang kepentingan ekonomi dan gaya hidup mereka tidak selari dengan dasar Ahmadinejad sedang turun bermandi darah di jalan raya.Mereka bersatu bawah bendera dan slogan "undur-undur Ahmadinejad". Ia sama seperti slogan zaman Reformasi (1998) ketika rakyat satu Malaysia berdemonstrasi untuk menjatuhkan regim Mahathir.

Awas! Dari semua kumpulan ekonomi ini ada lagi satu kumpulan. Mereka ini kumpulan anak-anak muda yang tidak memiliki kepentingan ekonomi atau kelas.Mereka inilah yang gugur ditembak oleh peluru Basij. Mereka inilah yang sedang bertempur dengan tentera dan polis antirusuhan.Anak-anak muda ini datang dari semua kelas. Mereka adalah kaum pelajar muda. Mereka juga adalah "penanam anggur" yang tidak memiliki kerja dan masa depan.Mereka melihat Ahmadinejad sebagai musuh yang mengganggu-gugat gaya kehidupan muda mereka. Mereka adalah Mat Rock dan Mat Kool dari utara Tehran. Mereka juga Mat Rempit dari kawasan miskin wilayah selatan Tehran. Mereka sedang mendobrak segala nilai kolot yang menyusahkan kehidupan harian mereka. Mereka adalah generasi Myspace, Facebook dan Friendster.Ibu bapa mereka adalah Siti Internet dan Lebai Google. Bapa saudara mereka adalah Blogspot Dot Com. Mereka adalah pembuat filem di YouTube. Mereka adalah wartawan SMS dan Twitter.Mereka bermazhab Ali Shariati, tokoh sarjana yang membakar semangat kebebasan. Mereka menganuti fahaman Mao, Lenin, Bakunin dan Che Guevara. Seperti biasa anak-anak muda inilah yang menjadi barisan hadapan untuk membawa perubahan. Mereka jugalah yang sedang bermandi darah membuka harapan baru untuk Iran. Mereka ingin membebaskan Iran daripada theocracy yang kolot.Hakikatnya dasar Ahamadinejad dan dasar Mousavi tidak ada bezanya. Dasar ini ingin men-tua-kan naluri muda mereka. Di tahap sejarah pada Jun 2009 ini, anak-anak muda ini sedang berpayung bawah lambang Mousavi kerana pekikan perjuangan yang dilaungkan olehnya.Untuk sementara waktu, Ahmadinejad adalah presiden Iran yang terbukti telah menang dalam pilihanraya. Ahmadinejad akan terus berkuasa. Amerika Syarikat bawah Barack Obama – untuk kepentingan berjangka panjang – tidak akan menggugat Iran. Waspada! Iran memiliki tradisi perjuangan dan tamadun yang lama. Ia memiliki tradisi Tudeh yang memimpin kaum buruh di industri minyak. Iran, memiliki tradisi Fedayeen Al-Khalaq. Iran memiliki tradisi Mujahideen Al-Khalaq. Iran memiliki tradisi tempur Syiah yang dinobatkan sebagai Islam Kiri oleh Ali Shariati.Tiga kumpulan inilah penyusun dan penjana awal revolusi Iran 1979 sebelum dirampas oleh Ayatollah Khomenei yang dilihat oleh kuasa Anglo-Amerika pada ketika itu sebagai kuda yang lebih selamat.Akhirnya anak-anak muda ini akan mengundur dan menilai kembali garis perjuangan mereka. Yakinlah dalam masa yang tidak lama akan muncul kembali satu pertempuran yang lebih tersusun. Anak-anak muda di mana sahaja di dunia ini akan berkumpul apabila terdengar pekikan perjuangan. Ia adalah sifat dan naluri anak muda. Anak-anak muda di Iran memiliki waktu untuk menunggu

Sunday, July 05, 2009

Rasionalkah Ali Rustam?

Kerajaan BN Melaka sepatutnya peka dengan sensitiviti penduduk melayu berikutan kelulusan projek Tanah Perkuburan Cina ataupun jirat cina yang melibatkan keluasan 77 ekar di Kampung Pondok Kempas (DUN Bemban/parlimen Jasin). Projek ini dianggap tidak munasabah memandangkan penduduk kampung di tapak projek tersebut dijalankan adalah 99% melayu. Perkara ini didedahkan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Syamsul Iskandar Md Akin dalam satu forum anjuran Dewan Muslimat PAS Melaka di Simpang Kemendor,Jasin ahad lepas. Syamsul juga meminta ketua pembangkang Melaka YB Goh Leong San (ADUN Kesidang) membawa perkara ini ke Dun Melaka. Beliau turut menjelaskan kemungkinan Ali Rustam mendapat faedah daripada projek tersebut memandangkan Ali tidak langsung memikirkan kesan langsung terhadap penduduk setempat. Pada saya perkara ini bukan bersifat perkauman, tetapi perkara ini melibatkan keselesaan penduduk sekitar. Jika di kampung yang 99% penduduk cina kita buatkan tanah perkuburan Islam yang luas, sudah tentu akan mendapat bantahan kerana ianya tak rasional. Oleh itu Ali Rustam sepatutnya menggunakan akal untuk berfikir kesan daripada projek tersebut terhadap penduduk setempat.

Monday, April 20, 2009

Artikel Menarik Dari Hishamuddin Rais

Baru saya tahu yang Federal Reserved di Amerika ala-ala Bank Negara di Malaysia bukan dimiliki oleh Amerika tapi para pemodal alias kapitalis entah siapa. Boleh jadi seorang manusia misteri atau sekumpulan manusia misteri. Teori konspirasi langsung bermain di minda saya. Apakah mereka manusia dalam jaringan si "mata satu" seperti tercetak dalam wang satu dolar Amerika?
Mari kita lihat artikel beliau yang saya cedok dari laman Raja Petra https://mt.m2day.org/2008/content/view/20653/84/
DARI JELEBU

Hishamuddin Rais Kita diberitahu bahawa dunia sedang menghadapi masaalah kecairan – ertinya tidak ada duit dalam pasaran. Lalu kita bertanya ke mana agaknya segala duit-duit yang terkumpul dalam dunia ini pergi.Negara China, Jepun, Korea, Singapura, Taiwan dan termasuk Malaysia sendiri ada menyimpan duit-duit ini dalam bentuk kertas dolar Amerika. Wang yang tersimpan ini – menjadi wang simpanan negara – adalah hasil kita berjual beli dengan Amerika. China dan Jepun adalah negara yang paling banyak menyimpan kertas dolar.Kertas dolar telah dipaksakan ke atas dunia ini oleh kuasa imperial Amerika. Permaksaan ini melalui dua cara. Pertama – Amerika telah membuat perjanjian 1972-74 dengan keluarga Saud bahawa semua jual beli minyak wajib menggunakan kertas dolar. Ini kerana bahan bakar petroleum diperlukan oleh semua negara. Manakala Saudi adalah pengeluar utama bahan bakar ini. Untuk gantinya – kuasa imperial Amerika berjanji akan menjaga keselamatan keluarga Saud dari dipukul oleh ombak rakyat. Cara kedua ialah dengan kekuatan bala tentera. Amerika mendirikan 702 pengkalan tentera di 130 buah negara dalam dunia ini. Tidak ada negara penjual minyak yang berani menjual minyak tanpa menggunakan kertas dolar. Saddam Hussein cuba mengalihkan kertas dolar sebagai mata wang jual beli minyak. Jawapannya Saddam di gantung mati. Iran sedang berusaha untuk beralih dari kertas dolar justeru segala bentuk sekatan sedang dilakukan ke atas Iran.Dari mana kertas dolar ini datang? Kertas dolar hanyalah kertas yang telah dipaksakan nilainya ke atas warga dunia. Ini dipanggil – fiat money - nilai yang dipaksa. Tanpa paksaan ini dolar hanyalah kertas yang tidak memiliki apa-apa nilai. Justeru kertas dolar adalah satu penipuan yang terunggul dalam sistem ekonomi kapitalis. Pada awalnya Amerika Syarikat adalah sebuah negara revolusiner yang berdiri untuk menjaga kepentingan warga. Amerika mengeluarkan duit kertas sendiri. Amerika yang merdeka telah membebaskan diri dari para banker yang telah lama bersarang di City of London. Tuan-tuan empunya bank merasa mereka kehilangan bumi permata apabila Amerika menjadi bebas dan merdeka. Lalu para banker menelurkan satu konspirasi untuk memaksa pentadbiran Amerika terus terikat dengan kepentingan para banker.Pada tahun 1913 setelah beberapa kali pecubaan gagal akhirnya para banker telah berjaya memaksa/menipu Kongres untuk menerima dan meluluskan Akta Federal Reserve 1913. Ramai warga dalam dunia tersilap menyangka bahawa Federal Reserve ini adalah bank milik negara Amerika. Tidak betul. Federal Reserve ini bukan bank milik negara Amerika seperti Bank Negara kita di Jalan Kuching. Federal Reserve adalah bank swasta yang tuan pemiliknya dirahsiakan.Siapa lembaga-lembaga pengarah Federal Reserve ini juga di rahsiakan. Kongress hanya boleh menerima atau menolak dua nama yang akan di cadangkan oleh Federal Reserve. Justeru dunia hanya mengenali nama Alan Greenspan Pengerusi Federal Reserve yang lalu dan Ben Bernanke Pengerusi yang terkini. Siapa yang lain di belakang tabir Federal Reserve ini tidak akan diketahui umum.Mengikut Akta 1913 ini pentabiran Amerika tidak lagi dibenarkan mengeluarkan mata wang sendiri. Mata wang untuk kegunaan negara Amerika hanya akan dikeluarkan oleh Federal Reserve. Jika kerajaan Amerika memerlukan dolar maka kerajaan wajib meminjam dari Federal Reserve – sama ada dengan menjual bond atau meminjam dengan bunga yang ditetapkan. Lihat bagaimana liciknya konspirasi para banker ini.Seperti tulisan minggu lalu – para banker ini mencetak kertas yang dipanggil dolar tanpa apa apa asas. Kertas dolar ini akan dipinjam oleh kerajaan Amerika dari Federal Reserve ini akan dibayar kembali dengan bunga. Duit membayar hutang dan riba ini datang dari tenaga dan titik peluh rakyat Amerika. Melalui kertas kosong para banker ini telah membuat harta Qarun. Inilah dia punca yang sedang membawa huru hara ke atas dunia hari ini. Mungkin ada yang berhujah – ini di Amerika apa sangkut pautnya dengan harga ikan di Pasar Chow Kit. Sabar dahulu biar saya terangkan sejelas mungkin.Hari ini perniagan tukaran mata wang dalam dunia ini semuanya diwajibkan menggunakan dolar. Semua simpanan reserve bank-bank negara dalam dunia ini akan bersandarkan dengan kertas dolar. Ini telah dipaksakan oleh sistem kapitalis yang dikepalai oleh pemodal Anglo-Amerika. Para banker dan kaum pemodal ini telah mendirikan lembaga-lembaga kewangan dunia. Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF) ada dua lembaga hitam yang memastikan kertas hijau ini digunakan di seluruh dunia. Setiap negara akan dinilai kekuatan ekonominya bersandarkan dolar. Perniagaan antarabangsa semuanya menggunakan kertas dolar. Barang yang kita ekspot dan barangan yang kita impot semuanya dinilai dengah kertas hijau ini. Justeru kita sendiri di Malaysia akan melihat rebah bangun ekonomi negara kita melalui perbandingan ringgit dengan kertas dolar.Jika pembaca memahami apa yang saya tulis ini maka amat jelas kelihatan bahawa umat manusia dalam dunia ini telah diperbodohkan dan ditipu oleh Federal Reserve, Bank Dunia dan IMF. Lalu kita menyoal diri kita sendiri: kenapa tidak dapat dilakukan sesuatu untuk membebaskan diri dari sistem kapitalis global ini?Pertama: Banyak rakyat Amerika sendiri kurang sedar silap mata dan tipu helah yang dijalankan oleh Federal Reserve ke atas negara mereka. Rakyat dunia juga tidak sedar akan hal yang sama. Kedua: tidak ada sesiapa yang akan dapat memasuki Rumah Puteh yang akan berani membocorkan rahsia ini. Lihat apa terjadi kepada Abraham Lincoln yang menentang para banker dan Central Bank (nama asal Federal Reserve). Presiden Lincoln yang berperang hampir jatuh muflis telah mencetak Lincoln Greenback Dollar tanpa meminjam dari Central Bank. Lihat juga apa yang terjadi kepada John F Kennedy kerana cuba membocorkan konspirasi kaum pemodal ini. Ketiga: tidak ada sesiapa yang akan dapat menjadi ahli Kongres atau masuk ke Dewan Senat Amerika dengan agenda menentang Federal Reserve, menentang para banker dan kaum pemodal ini. Semenjak tahun 1913 para banker ini telah membuat jaringan, kabal dan kumpulan rahsia untuk memastikan kepentingan mereka dijaga oleh para politikus. Hari ini kabal rahsia para banker-banker ini telah mempengaruhi semua cabang pentabiran di Amerika.Hasilnya – media tidak pernah dan tidak akan melaporkan ke akar umbi secara radikal rancangan jahat para banker dan kaum pemodal ini. Enam puluh tahun dahulu masih terdapat 86 buah syarikat media yang besar dalam dunia ini. Ketika itu media cetak masih lagi bergerak bebas. Hari ini yang tinggal hanya 6 buah syarikat - ViaCom, General Electric, Disney, NewsCorp, Times Warner dan CBS - yang memiliki pelbagai bentuk media. Syarikat media ini dimiliki oleh para banker-banker ini. Malah jika diselidiki dengan rapi kita akan menemui bahawa modal-modal ini juga telah meresap masuk ke dalam industri media tempatan kita.Yang menyusun dan merancang semua ini adalah kabal-kabal rahsia seperti – Freemason, Bohemian Grove, Bilderberg Group, Skull and Bones – semuanya terpusat di bawah satu bumbung yang dikuasi oleh pemodal dan banker yang sedang merancang untuk memunculkan New World Order – Satu Dunia Baru. Di belakang semua ini ialah nama-nama seperti Rothschild, Rockefeller and Morgan. Mereka ini berkumpul di bawah payung organisasi yang dipanggil Illuminati. Susuk-susuk yang kaya raya ini tidak pernah muncul menunjukkan muka mereka. Kabal rahsia ini telah memunculkan muka-muka yang boleh dikenali oleh dunia seperti Henry Kissinger, Zbigniew Brzezinksi and Lord Carrington. Mereka ini dianggap sebagai jurufikir yang berkumpul di bawah Council of Foreign Relation di Amerika dan Royal Institute of International Affairs di United Kingdom. Lembaga jurufikir seperti NGO ini akan menjemput malaon dari dunia ketiga yang bercita-cita untuk menjadi presiden atau perdana menteri. Tugas badan pemikir ini ialah mentafsir dan menilai malaon-malaon dari dunia ketiga ini. Penilaian bukan berdasarkan apa yang ada di antara dua telinga maloan-malaon ini tetapi sama ada maloan-maloan ini akan bersedia untuk menjadi barua yang setia untuk menjalankan dasar yang diperlukan oleh kabal rashia ini.Justeru kita lihat apabila dasar penswastaan dianjurkan maka semua malaon yang telah dilantik menjadi barua di dunia ketiga akan menjalankan dasar yang sama. Apabila dasar globalisasi diperkenalkan maka malaon-maloan ini seperti burung kakaktua akan bersuara sama.Jika ada malaon ini yang cuba melawan seperti Noriega dari Panama atau Saddam maka dengan sekelip mata mereka akan dilupuskan. Jika maloan ini sudah selesai tugasnya seperti Suharto, Marcos, Lol Nol atau Zia ul haq, – mereka akan diketepikan untuk malaon yang baru naik. Semua ini dirancang. Tidak ada yang berlaku tanpa perancangan.Hari ini sebenarnya tidak ada masaalah kecairan. Apa yang berlaku ialah peralihan harta dan wang ringgit warga dunia masuk ke tangan para banker ini. Dolar yang terkumpul hari ini melebihi 17 trilion dolar. Dolar, emas dan pelbagai mata wang ini tersimpan di 27 buah negara pulau yang memiliki bank pesisir pantai. Negara seperti Bermuda, Cook Islands, Switzerland, Luxumbourg, Cayman Island dan termasuk Labuan adalah tempat tersoroknya harta ini. Buat ketika ini di sinilah harta kekayan dunia sedang bermastautin.

Tuesday, March 10, 2009

Gambar-Gambar Bantah PPSMI

Salam~

Oleh kerana penulis tidak hadir dalam demo membantah PPSMI, sekadar untuk menunjuk sokongan, disertakan berikut link laman blog yang menyiarkan gambar demonstrasi tersebut.
Menteri Pelajaran berceloteh musykil kenapa perlu demo pada waktu sekarang membantah PPSMI kerana waktu yang cukup telah diberikan waktu memperkenalkan PPSMI 6 tahun yang lepas. Ada banyak penerangan dan forum telah dianjurkan bagi menerangkan dasar ini (Betul ke?, aku rasa bila Tun M bersuara sikit dalam Persidangan UMNO, terus tahun depan berikutnya hendak dilaksanakan tanpa kajian mendalam langsung)
Hishamuddin pun menuduh yang gerakan PPSMI didalangi oleh parti pembangkang yang memperalatkan cendiakawan-cendiakawan melayu. Hai!, tak kan para cendiakawan yang diiktiraf oleh banyak pihak termasuk pihak kerajaan bisa diperalatkan?. Pihak-pihak yang punya kuasa di negara kita ini pada lazimnya tidak boleh mendapat isyarat dari bawah kecuali kalau dengan demonstrasi atau dengan tidak memangkah mereka dalam pilihanraya. Itupun selepas PRU 12, walaupun rakyat sudah memberi isyarat yang sangat jelas, masih ramai lagi pemimpin-pemimpin Parti PEKEMBAR ini tidak membuat apa-apa perubahan sikap dan minda. Naib Presiden UMNO pun bila diajukan soal politik wang dia mengatakan kita perlu realistik! (Dibaca: politik tumbuk rusuk sudah menjadi darah daging dalam parti mereka mana bisa lagi untuk dineutralkan). Masih lagi dibuai kemasyhuran silam dan masih lagi membuat rakyat amat jelak dan menyampah. Teruskan sikap seperti ini sebelum ketentuan dari rakyat akan tiba dalam PRU 13 yang boleh jadi tidak berapa lama lagi. Sekadar ukuran masa di kalendar dan bunyian detik waktu.

Wednesday, February 18, 2009

Perak crisis deepens, Zambry and six excos suspended

By Wong Choon Mei
The Perak state assembly’s Committee of Special Privileges has suspended newly-appointed Barisan Nasional Menteri Besar Zambry Kadir and six executive councilors for violating House rules by taking over the state government through unconstitutional means.
V Sivakumar, the Speaker of the state assembly, announced the decision after the committee voted on the matter following a meeting with Zambry and his team.
Said Sivakumar: “I have decided to bar Zambry with immediate effect from attending any assembly session for the next 18 months and the six exco members have also been barred for 12 months.”
Canning assemblyman Wong Kah Woh had filed the complaint against Zambry and also wanted him to explain “under which provision of the Perak Constitution do they base their right to form the state government.”
Said KeADILan information chief Tian Chua: “This will deepen the constitutional crisis in Perak. There is a stalemate and the only way out is to dissolve the state assembly and call for a snap election.
Petikan Suara Keadilan Online. Baca Selanjutnya: http://www.suarakeadilan.com/sk/berita-utama/2009/02/2099

Monday, February 09, 2009

Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia

Baru menerima sms yang mengatakan “Al-Fatihah, Ustaz Roslan Shahrum, Ahli Parlimen Bukit Gantang baru sahaja menghembuskan nafaznya yang terkahir di Hospital Batu Gajah”.
Takziah kepada keluarga beliau.
Al-Fatihah kepada arwah. Semoga rohnya akan ditempatkan disamping orang-orang yang beriman.
(Dari Laman Amin Iskandar)
[67.2] Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

Wednesday, February 04, 2009

Perhimpunan Selamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak Hari ini (5 Feb)

Perhimpunan 100 ribu rakyat akan diadakan hari ini (5 Feb) pada jam 7 malam di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua Menteri Besar Negeri Pakatan Rakyat, bagi menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dan menuntut agar hak rakyat dikembalikan.Berikut adalah mesej khas dari Datuk Seri Anwar Ibrahim buat semua penyokong Pakatan Rakyat:"Pertahankan Kuasa Rakyat - Saya bersama Menteri Besar dan Pakatan Rakyat esok Khamis 7:30 malam di Ipoh. Saya yakin, Insyallah rakyat yang menentukan."Semua penyokong Pakatan Rakyat dan aktivis diminta hadir untuk memberi sokongan.


BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT

Sunday, February 01, 2009

Dana Untuk Gaza?


1. Alhamdulillah, derita ummat Islam di Palestina masih mendapat simpati rakyat di negara ini tidak kira dari mana latar belakang mereka. Terbaru, Malam Amal Atas Nama Kemanusian di Istana Budaya, berjaya mengumpul dana paling kurang RM 10.7 juta.

2. Itu belum lagi termasuk lain-lain dana yang dikumpulkan melalui masjid-masjid, NGO-NGO, orang perseorangan dan dan pelbagai sumber lagi.

3. Rupa-rupanya, walaupun kita mungkin kelihatan tenggelam dalam arus materialistik, pembangunan, perlumbaan mengejar kebendaan, masih ada lagi sekelumit rasa kemanusiaan dalam kebanyakan rakyat Malaysia yang dibuktikan dari kutipan dana yang sedemikian rupa.

4. Namun begitu, kemanakah dana-dana itu akan disumbangkan?. Kalau dilihat dari senarai nama para jemputan di Malam Amal seperti no. 1 di atas, terselit nama Duta Palestin ke Malaysia Abdelaziz Abu Ghoush yang mewakili kerajaan PLO dan Fattah yang sudah ditumbangkan sendiri oleh rakyat Palestina dengan mereka memilih Hamas sebagai parti sokongan majoriti rakyat.

5. Kalau dana-dana ini disumbangkan kepada Kerajaan PLO, adalah dibimbangkan dana-dana ini tidak sampai kepada sasaran sebenar yang menderita teruk di Gaza. Adalah diketahui umum, PLO dan Fatah adalah antara pihak yang punya kepentingan dalam serangan Zionis baru-baru ini yang mengharapkan kerajaan Hamas di Gaza tumbang dan mereka boleh menangguk di air yang keruh atas derita dan darah rakyat Gaza umumnya.

6. Walaupun begitu, selama ini kalau dana-dana dihimpunkan di Malaysia, mereka-mereka inilah yang akan menjadi saluran untuk menerima segala sumbangan walaupun rakyat Palestin sendiri sudah menolak mereka dalam pilihanraya yang benar-benar demokratik. Semoga dana-dana sumbangan rakyat Malaysia benar-benar sampai ke tangan pihak yang benar-benar menjaga kepentingan rakyat Gaza dan Palestina umumnya.

SEMINAR PEMBANGUNAN UMMAH


Saturday, January 31, 2009

ABaoutreika: Atlit Contoh?




Mohamed Aboutreika adalah nama yang tidak asing di dunia Arab, terutama dikalangan peminat bolasepak Arab. Beliau mungkin tidak terkenal dikalangan rakyat awam Malaysia yang lebih cenderung mengikuti perkembangan bolasepak Eropah. Tapi pada mata sebenar, beliau merupakan seorang tokoh ahli sukan yang harus dibanggakan dan dihayati kisahnya. Aboutreika merupakan seorang pemain bolasepak kebangsaan Mesir. Melalui sepakan beliau, sudah dua kali Allah mengurniakan kemenangan kepada pasukan Mesir dalam Kejohanan piala negara-negara Africa (African Cup of Nations, ACN). Bahkan pada awal 2008 beliau telah diundi melalui International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) sebagai pemain bola sepak paling popular di dunia.
Pada Januari 2008 lalu, sewaktu ACN di Ghana, dalam satu perlawanan kumpulan Mesir menentang Sudan, beliau telah menimbulkan kekecohan dalam dunia bolasepak dan Confederation of African Football (CAF) dengan satu adegan kontroversi, tapi sangat bermakna pada umat Islam. Beliau yang menyarung jersey nombor 22 menjaringkan gol pertamanya dalam ACN lalu menyingkap jerseynya yang mendedahkan t-shirt yang dipakai di dalam dengan tulisan " تعاطفا مع غزة Sympathize With Gaza ". Tindakan ini diambil dalam usaha membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap Gaza yang ketika itu baru sahaja ditutup sempadannya dari semua arah dan disekat semua bekalan kemanusiaan oleh penjajah zionist Israel . Bahkan, penduduk Gaza dengan desperate terpaksa memecahkan benteng Rafah untuk tembus ke Mesir untuk mendapatkan bekalan.
Peristiwa di Stadium Ohene Djan, Accra , Ghana itu mengundang perhatian dunia. Pengadil menghukum Aboutreika dengan kad kuning. CAF memberi amaran kepadanya. Dunia bercampur-campur perasaan mengenainya. Reaksi dunia yang sebahagian besarnya mengecam tindakan Aboutreika ini cukup bertentangan. Sedangkan pada World Cup 2006 yang lalu, seorang pemain Ghana secara terbuka mengibarkan bendera Israel selepas menjaringkan gol, namun tidak dikenakan sebarang tindakan. Dia hanya perlu meminta maaf kerana mengusik isu sensitif kepada bangsa Arab. Aboutreika pula menerima pelbagai tohmahan dan amaran kerana dikatakan membawa mesej berunsur politik. Namun, Aboutreika terpaksa menjelaskan mesejnya lebih berupa humanitarian. Walaubagaimanapun, umat Islam tetap menjulangnya tinggi kerana berani menyuarakan perasaan umum umat Islam, berani menanggung risiko untuk saudara-saudarinya di Gaza , berani berseorangan menegakkan kebenaran.

Di Gaza, satu pertandingan bolasepak yang dianjurkan telah diberi nama Piala Aboutreika bagi menghargai tokoh tersebut yang peka dan memperjuangkan isu mereka (rakyat Gaza ) dan sanggup menghadapi kesusahan yang boleh menggugat kariernya.

Selain peristiwa "Sympathize with Gaza ", Aboutreika juga pada 2006 pernah menyingkapkan t-shirt dengan mesej "We Sacrifice Ourselves for You Prophet Muhammad" selepas menjaringkan gol pada ACN 2006. Mesej tersebut adalah respon berikutan lukisan karikatur zalim mengenai Nabi Muhammad S.A.W. yang diterbitkan media Denmark . Demikianlah Aboutreika sentiasa memainkan peranannya sebagai Muslim sejati dan bermaruah dalam memperjuangkan isu umat Islam.

Secara realitinya, keberanian yang dimiliki Aboutreika dalam menyuarakan kebenaran kepada dunia perlu diambil iktibar oleh para pendokong Islam. Aboutreika seorang yang terkenal kerana sentiasa akan bersujud syukur sebaik sahaja menjaringkan gol. Beliau juga dilaporkan sebagai seorang yang berakhlak mulia dan patuh kepada perintah agama. Disamping itu, beliau juga seorang yang bergiat aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan, membasmi kemiskinan dan aktiviti-aktiviti social service yang lain. Dari sini kita boleh mendapat gambaran kecenderungan, prinsip dan kekuatan beliau yang unik. Melalui trademark sujudnya dan qudwahnya ini juga, terbaru dari Islamonline. net pada 24 Nov 2008, beliau telah pun menarik ramai rakyat Congo memeluk Islam. " ..merupakan pendakwah Islam", menurut Mufti Congo , Sheikh Abdullah Mingala Lwaba.
Ahli-ahli sukan lain, terutama yang beragama Islam, seharusnya meneladani Aboutreika. Kerjaya sebagai seorang ahli sukan tidak patut memisahkannya dari tanggungjawab Islam. Kelebihan yang dimilikinya seharusnya ditujukan untuk keuntungan agama. Bahkan, kerjaya tersebut sepatutnya lebih mengeratkannya dengan Tuhan Pengatur segala keputusan, lalu dia mematuhi segala anjuran dan perbatasan yang telah ditetapkan Allah. Ini adalah satu saranan khusus buat atlet-atlet Muslim.
Kemenangan Mesir dalam Piala negara-negara Afrika awal 2008 lalu yang menang 1-0 ke atas Cameroon dalam perlawanan final. Biar melalui kejohanan dengan penuh kontroversi, namun gol tunggal kemenangan Mesir itu dijaringkan oleh, tidak lain tidak bukan, Mohamed Aboutreika! Tahniah di atas kejayaan yang berliku jalannya! Kenapa saya suka sangat peristiwa "Sympathize with Gaza "? Kerana ia satu mesej dari seorang insan kerdil tapi berjiwa besar yang mencabar Israel , "perencana" perjalanan dunia hari ini. Ia satu mesej yang mengajak dunia peka dan mempersoalkan "kuasa" yang kebanyakan negara tunduk kepadanya. Aksi Aboutreika yang menyeru agar dunia peka terhadap Gaza merupakan peristiwa yang akan sentiasa terpahat dalam sejarah, walaupun ada pihak yang cuba memadamkannya. Carilah di Youtube atau apa2 web video, sukar untuk anda menemui video kejadian tersebut. Namun, ada video atau tidak, ada gambar atau tidak.. Pada bangsa Arab, Mohamed Aboutreika adalah wira. Pada gerakan Islam, beliau memberi inspirasi. Pada umat Islam, beliau merupakan tokoh. Pada rakyat Palestin, beliau adalah pejuang. Semoga Allah SWT memberkati dan menerima amalan beliau dan mengurniakan kesudahan yang baik buatnya.

PM Turki tinggalkan sidang Davos setelah kecam Israel


DAVOS 30 Jan. - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan bertindak meninggalkan sidang Forum Ekonomi Dunia (WEF) di sini semalam selepas terlibat dengan pertikaman lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres berhubung konflik di Genting Gaza. Erdogan berikrar tidak akan kembali semula menyertai forum itu, yang dihadiri oleh elit politik dan perniagaan dunia.

Dalam detik-detik paling dramatik yang jarang dilihat berlaku pada forum Davos, Erdogan berjalan keluar meninggalkan dewan di hadapan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dan anggota panel lain dengan mendakwa, beliau telah dipaksa memendekkan kenyataannya mengenai perang itu.

"Saya tidak fikir saya akan kembali ke Davos selepas ini kerana anda tidak membenarkan saya bercakap," kata Perdana Menteri itu sebelum beredar, meskipun beliau malam tadi menyatakan kesediaan untuk menimbangkan semula keputusannya itu.

Erdogan mengkritik hadirin yang terdiri daripada tokoh korporat dan politik antarabangsa kerana memberi tepukan selepas Peres dengan penuh emosi mempertahankan serangan Israel ke atas Gaza, sehingga menyebabkan lebih 1,300 rakyat Palestin terkorban.

Beliau yang mengetuai segelintir negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel menyifatkan apa yang dilakukan oleh Israel di Gaza sebagai tindakan "tidak bertamadun."
"Saya berasa sangat sedih kerana hadirin bertepuk tangan selepas tuan (Peres) berucap kerana ramai penduduk (Palestin) telah terbunuh," katanya kepada Peres sebelum dicelah oleh pengerusi sesi iaitu wartawan Washington Post, David Ignatius.

"Kita tidak boleh memulakan perbahasan semula kerana kita kesuntukan masa," kata Ignatius kepada Perdana Menteri Turki itu.

Peres sebelum itu mendakwa Israel terpaksa melancarkan serangan ke atas Hamas kerana ribuan roket dan mortar telah dilancarkan ke wilayah Israel. Sambil meninggi suara dan menuding jari ke arah Erdogan, beliau berkata, Turki sudah tentu bertindak sama jika roket dilancarkan ke Istanbul. Ki-moon, Erdogan, Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Mussa dan Peres duduk dalam satu barisan untuk menyertai perbahasan itu dan kesemua mereka membuat kenyataan panjang lebar mengulas mengenai konflik tersebut. - AFP

Wednesday, January 28, 2009

Perang Gaza Berlanjutan?

Ground Troops Return to Gaza; Hamas Attacks Negev
Reported: 16:23 PM - Jan/27/09

(IsraelNN.com) The government authorized the IDF to send ground troops back into central Gaza Tuesday, following an early morning roadside bomb explosion and a rocket-propelled grenade attack that killed one soldier and wounded three others, one seriously. Hamas warned that it has not agreed to a "calm" and that its previous ceasefire announcement is dependent on Israel's re-opening Gaza crossings to all commercial traffic.Troops reached Khan Yunis in central Gaza. Local residents reported tank fire and Israel Air Force jets over the area. Arab sources also reported that the Air Force struck a terrorist target, killing or wounding three people, but the IDF has not confirmed the counter terrorist action. Hamas responded with mortar fire on the Eshkol region, causing no damages or injuries but returned the area to the status quo of the days before the Cast Lead operation against the terrorist infrastructure in Gaza.

Tuesday, January 27, 2009

Gerhana - Hari Ini Dalam Sejarah & Akan Datang?



Ibn Sa'd said: Muhammad Ibn `Umar informed us, he said: Usamah Ibn Zayd al-Laythi related to me on the authority of al-Mundhir Ibn `Ubayd, he on the authority of `Abd al-Rahman Ibn Hassan Ibn Thabit, he on the authority of his mother Sirin; she said:
I was present at the death of Ibrahim, and I had noticed that the Apostle of Allah, may Allah bless him, did not prohibit us from weeping when my sister and I wept, but prohibited us from crying when he (Ibrahim) died. Al-Fadl Ibn `Abbas washed him while the Apostle of Allah, may Allah bless him, and al-`Abbas were seated. Then he was taken (to the grave), and I saw the Apostle of Allah, may Allah bless him, on the edge of the grave, and al-`Abbas was sitting by his side. Al-Fadl Ibn `Abbas and Usamah Ibn Zayd got down into the grave. I was weeping by the side of the grave and none prohibited me.
The sun eclipsed that day and people said: Because of the demise of Ibrahim; (it eclipsed). Thereupon the Apostle of Allah, may Allah bless him, said: Verily it does not eclipse because of the death or life of any one. The Apostle of Allah, may Allah bless him, saw a crevice in the brick, and ordered to close it. The Apostle of Allah, may Allah bless him, was told about it.) Thereupon the (Prophet) said: Verily it neither harms nor profits, but it pleases the eye of the living, and verily when a slave deos some work Allah likes that he should do it perfectly. (Ibrahim) died on Tuesday, 10 Rabi` al-Awwal A.H.10 (Tuesday fell on 18 June, A.C. 631; but the lunar date according to Mahler was 12 Rabi` al-Awwal. Normally solar eclipse takes place on new Moon day. Bukhari, Muslim and other leading muhaddith in have not mentioned the date of Ibrahim's death. They are however unanimous that solar eclipse took place that day.)
Tabaqaat Ibn Sa'd, 037 - [P. 86] ACCOUNT OF IBRAHIM THE SON OF THE APOSTLE OF ALLAH (MAY ALLAH BLESS HIM)

Tatkala Al-Hussein dibunuh, dunia seakan terhenti selama tujuh hari, sedangkan matahari merapat ke dinding laksana kain yang menguning. Bintang-bintang saling bertabrakan. Dia terbunuh pada tanggal 10 Muhaaram (Hari Asyura). Terjadi gerhana matahari di hari itu. Ufuk langit memerah selama enam bulan serta ufuk merah tersebut kelihatan terus menerus yang sebelumnya belum terjadi seperti itu.
Tarikh Khulafa', Imam Sayuthi m/s 246, Pustaka Al Kautsar

Muhammad Bin Ali, an elite among the Ahle-Bait, narrates that there will be two signs for Imam Mahdi which have never been shown to mankind since the creation of the heavens and the earth. One of these is the eclipse of the moon on the first of its nights in the month of Ramadhan, and the eclipse of the sun on the middle of the days.

(Kitabul Fataw Al Hadeesiyya, p.31, Egypt)


QURAN
[Pickthal 75:6] He asketh: When will be this Day of Resurrection?

[Pickthal 75:7] But when sight is confounded

[Pickthal 75:8] And the moon is eclipsed

Pickthal 75:9] And sun and moon are united,

Pickthal 75:10] On that day man will cry:

[Pickthal 75:11] Alas! No refuge




Kenyataan Husam Berhubung Nasib Malang Mendiang Kugan

Berikut adalah kenyataan rasmi YB. Dato' Haji Husam Musa.

Mengikut Al Quran, membunuh satu jiwa adalah dianggap sama beratnya seperti membunuh manusia seluruhnya. Begitu juga, barangsiapa yang memberikan peluang hidup kepada satu jiwa maka dia seolah-olah memberikan peluang hidup kepada manusia seluruhnya.Begitu dalam sekali Al Quran menanam sifat kemanusiaan kepada seluruh umat manusia.

Baik satu jiwa kanak-kanak yang dibunuh dengam kejamnya oleh tentera Israel, mahupun Kugan Ananthan, rakyat kita keturunan India yang mati sewaktu di dalam tahanan lokap polis setelah ditangkap kerana disyakki terlibat dalam kes kecurian kereta.

Seluruh badan Kugan cedera parah. Mengikut laporan berita, keluarga Kugan mendakwa beliau tidak diberi makan dan minum selama 7 hari. Sewaktu keluarga beliau menuntut mayat beliau di Hospital Serdang, mereka melihat mulutnya berbuih, dan kesan- kesan luka berat di muka dan hampir seluruh badan.

Masih belum jelas kepada kita semua apakah kesalahan Kugan, kerana kes beliau masih disiasat, dan beliau mati sewaktu polis masih menjalankan siasatan ke atas beliau. Malangnya, akhbar-akhbar dan media tempatan lain cuba memberikan gambaran bahawa Kugan adalah pencuri "kereta mewah". Langkah ini hanyalah akan menambahkan luka hati kepada keluarga mangsa. Kenapa prinsip "innocent until proven guilty" tidak dihormati dan diamalkan di sini?

Jika derita Palestin kita hayati, berilah sedikit ruang kesaksamaan kepada keluarga yang sedang sedih dan menderita ini. Mereka kehilangan seorang ahli keluarga yang tersayang dengan cara yang amat menyayatkan hati.

Hari Rabu ini, mayat Kugan Ananthan akan disemadikan di Puchong, Selangor. Malangnya saya tidak dapat hadir kerana terpaksa menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan. Saya berharap rakan-rakan Pas yang lain dapat mengiringi jenazah mendiang Kugan nanti.
Gambar-gambar mayat mendiang Kugan : http://jelas.info/2009/01/22/a-kugan-horrifying-pictures-depict-latest-victim-of-police-brutalitymurder/ (Tak sanggup saya copy paste ke laman blog ni memandangkan betapa tragis gambarnya)