Utusan Malaysia Online - Selatan#.Tw6Ogo0L56M.blogger#.Tw6Ogo0L56M.blogger#.Tw6Ogo0L56M.blogger
Cerita terbaru tentang Projek Empangan Sungai Jernih. KM kata pembinaan telah dimulakan. Munafik ke apa pembohongan yang sedemikian rupa. Penduduk kampung hendak letak ke mana???.
Empangan baru atasi masalah bekalan air
MELAKA 11 Jan. - Penduduk di sekitar Masjid Tanah tidak lagi perlu bimbang tentang masalah bekalan air kerana Empangan Jerneh yang kini dalam pembinaan mampu membekalkan air bersih mencukupi untuk jangka masa panjang.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, empangan tersebut yang dibina melibatkan kos sebanyak RM120 juta mampu menampung keperluan 127,000 penduduk di kawasan itu sehingga 2025.
Menurutnya, empangan yang dijangka siap pada 2015 mampu menampung sembilan mega liter padu air membabitkan kawasan sepanjang 1.5 kilometer yang terletak di Sungai Jerneh tidak jauh dari Ramuan China Kechil.
''Empangan Jerneh merupakan empangan ketiga yang dibina di negeri ini selepas Durian Tunggal dan Jus akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi penduduk Masjid Tanah dan sekitarnya.
''Empangan baru ini akan menyediakan sumber air mentah yang mencukupi bagi menampung permintaan yang semakin meningkat," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan bangunan baru Wisma Air milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) di Jalan Hang Tuah di sini semalam.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Omar Kaseh, Timbalan Pengerusi SAMB, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif SAMB, Ir. Mohd. Khalid Nasir.
Bangunan baru Wisma Air itu dibeli daripada Lestari Hill dengan harga sebanyak RM35.3 juta dan telah diubah suai melibatkan kos sebanyak RM3 juta.
Mengulas lanjut Mohd. Ali berkata, SAMB telah melaksanakan transformasi sejak dikorporatkan pada 1 Julai 2006 dan keupayaan memiliki Wisma Air adalah sebagai bukti pencapaian terbaik syarikat tersebut.
Katanya, syarikat itu telah mengorak langkah lebih jauh menguruskan bekalan air bagi kegunaan seluruh rakyat di negeri ini.
''Dengan adanya Wisma Air, SAMB perlu menyelaraskan sebarang tindakan agar perkhidmatan bertambah efisien terutama meningkatkan kualiti serta bekalan air, penyelenggaraan dan pengendalian secara berterusan," katanya.
0 comments:
Post a Comment