Wednesday, April 21, 2010

Empangan Airmata_Apa Status Projek Empangan Jerneh???? Surat Bantahan


Undisclosed Name & Address


 
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,

Saya, xxxxxxxxxxxxxxxxxxx, bagi pihak penduduk Kg Sg Jerneh, Lubok China, Melaka, ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap cadangan pembinaan Empangan Jerneh di kampung saya. Projek ini telah diwar-warkan sejak dari tahun 2006.STATUS PROJEK ini tidak diketahui menyebabkan hidup penduduk kampung tidak tenteram. Berita mengenai bantahan penduduk kampung telah disiarkan di TV3 pada tahun 2006 (Terima kasih TV3). Kini setelah 4 tahun, cerita ini 'panas ' kembali. Di mana kesudahannya? Apa status projek ini? Sedangkan EIA projek ini tidak pernah di hantar ke Jabatan Alam sekitar, Putrajaya. Mana mungkin projek akan dimulakan tanpa penilaian alam sekitar.

LATARBELAKANG PROJEK EMPANGAN JERNEH

Empangan ini dicadangkan dibina dengan menenggelamkan Kampung Sungai Jerneh iaitu kampung tradisi yang telah wujud sejak sebelum merdeka lagi. Cadangan pembinaan telah dibuat pada tahun 2006 dimana bidang rujukan (TOR) bagi cadangan penyediaan (DEIA) telah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk disemak oleh orang ramai.

Ulasan bertulis terhadap  TOR telah diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar sebelum 8 Mei 2006. Sehingga kini tiada EIA yang diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar. Jawatankuasa Bertindak juga telah menghantar memorandum bantahan kepada Ketua Menteri Melaka dan Perdana Menteri ketika itu.

Baru-baru ini Kerajaan Negeri Melaka dibawah program/pelan pembangunan daerah Alor Gajah yang dirasmikan pada 1 Mei 2009 telah MEMASUKKAN EMPANGAN JERNEH sebagai salah satu projek yang akin dilaksanakan pada 2010. Pemberitahuan juga telah dihantar kepada ketua kampung tetapi MALANGNYA ia tidak diwar-warkan sehingga hari terakhir penyerahan borang (30Mei 2009) bantahan terhadap projek yang dijalankan. Berita ini hanya diketahui dari orang-orang kampung lain, maka bergegaslah seorang penduduk yang prihatin menghantar borang terse but ke Pejabat Daerah.

Kami penduduk kampung merasa tersangat KESAL dan SANGAT TIDAK BERPUASHATI dengan situasi ini dimana:

1. Hak kami sebagai warganegara MALAYSIA DINAFIKAN SEPENUHNYA oleh pihak berwajib kerana sehingga hari ini TIADA sebarang surat diberikan kepada kami penduduk kampung terutama tuan tanah-tuan tanah.

2.  Kami TIDAK  MENENTANG pembangunan tetapi jika ianya melibatkan masa depan anak cucu kami, orang MELAYU, apakah tidak ada cara atau tempat lain yang sesuai, selain dengan MENENGGELAMKAN  tanah nenek moyang ORANG MELAYU!

3.  Pernyataan yang mengatakan tiada tempat yang sesuai selain kampung kami adalah pernyataan DANGKAL yang tidak berlandaskan fakta kerana dari segi geografinya TIADA  sebatang sungai pun yang mengalir disini walaupun namanya Kg. Sungai Jerneh.

4. Salah satu alasan, sebagai kaedah menangani banjir di Alor Gajah. Alasan yang tidak MASUK AKAL. Tempat yang banjir di Melaka ini adalah pekan Alor Gajah dan Masjid Tanah dimana sungai yang mengalir di Alor Gajah dan sungai di Masjid Tanah tidak ada kena mengena dengan aliran air di Sg Jerneh (tidak ada sungai di sini).

5. Jika perancangan dahulu tidak mendapat kelulusan JAS bagaimana pula projek itu boleh diteruskan  dengan menenggelamkan kawasan yang lebih besar iaitu lebih 1000 HEKTAR tanah orang-orang MELAYU?

6.  Berita bahawa empangan JERNEH akan  diteruskan  telah menyebabkan gangguan emosi kepada penduduk-penduduk kampung. Penduduk digula-gulakan supaya berkorban seperti penduduk JUS, HAKIKATNYA projek terse but telah di AMBIL ALIH oleh Kerajaan Pusat dan gantitragi diberi terus kepada penduduk terlibat tidak melalui Kerajaan Negeri. (Perkara ini boleh di rujuk dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar). Pampasan juga di bayar secara ansuran.  

7.  Tanah yang akan ditenggelamkan adalah tanah tapak RUMAH dan tanah pertanian dimana ianya terdiri dari ladang-ladang getah , penternakan ikan, kambing, lembu dan kerbau. Mungkin harga komoditi bagi getah agak rendah sekarang ini tetapi bagaimana hasil usaha penduduk yang lain.  Jika tanah-tanah ini ditenggelamkan dimanakah ianya akan diteruskan? Apakah gantirugi  meliputi tanah yang diambil kerana dari apa yang diwar-warkan penduduk akan diberi pampasan dan 0.4 hektar tanah. Rumah tidak disebutkan. Pemberian pampasan dan tanah  tapak rumah seluas 0.4 hektar seperti yang diberikan kepada penduduk Tanah Merah adalah suatu gantirugi  yang tidak dilakukan secara terperinci kerana sosio-ekonomi penduduk Tanah Merah adalah berbeza dengan penduduk Kampung Sungai Jerneh. Sumber pendapatan kami adalah dari perladangan dan perternakan  (Rujuk gambar - kandang kambing, lembu, kerbau , kolam ikan , sayur , tanaman getah dan pokok buah-buahan).

8. Kononnya diatas tanah 0.4 hektar itu nanti akan dibina rumah hasil duit pampasan. Adakah LOGIK, tiada rumah disediakan sedangkan rumah kami yang akan ditenggelamkan adalah hakmilik sendiri dan tiada HUTANG. Apabila duit pampasan itu digunakan  untuk membina rumah bermakna kami akan dibebani HUTANG kerana kami percaya duit pampasan tersebut tidak akan diberikan dalam jumlah yang penuh (diberi secara ansuran) seperti mana penduduk Tanah Merah. Disini ternyata tiada kajian terperinci mengenai gantirugi  keatas kami dari segi harta benda dan emosi. Kami menjangkakan ianya tidak akan dibuat kerana contoh terdekat adalah Empangan Jus dimana bayaran pampasan diambil alih  oleh Kerajaan Pusat.

9 Tidak Nampak keperluan untuk menambah lagi satu empangan diMelaka ini. Berdasarkan kajian oleh Prof Dr Hamirdin, Universiti Malaya, sudah tiada tempat yang sesuai lagi di Melaka untuk dibina empangan.

10. Punca air adalah dari Sungai Siput dan Sungai Jerneh.  Dikampung Sungai Jerneh TIADA SUNGAI yang mengalir, hanya TALIAIR sahaja. Sungai SIPUT pula tidak mempunyai kualiti air yang bagus dimana di dalam dialog bersama penduduk pada 14 Mei 2006 pengurus Perbadanan Air Melaka(PAM) ketika itu mengakui air sungai adalah BERASID. Sumber air adalah sedikit sedangkan sebanyak berjuta liter air perlu dipamkan ke dlm empangan.

11. Persekitaran empangan bukan hutan hijau, empangan tidak dapat menampung air yang banyak ianya akan cepat tersejat. Kawan sekitar ialah ladang getah dan kelapa sawit. Racun & bahan kimia akan mencemarkan air dalam empangan.

Diharap pihak TV3 dapat menyiarkan berita ini dalam aduan rakyat. WE WANT JUSTICE!!!


Sekian, terima kasih.

Undisclosed Name and address.
 

0 comments: