Saturday, April 17, 2010

Angguk-angguk Pembulian Amerika

Malaysia buat hal lagi. Kali ini menerusi Pak Najib dan Petronas. Atas tekanan Amerika dan selepas perjumpaan PN dengan Barack H. Obama, PN mengumumkan yang Petronas tidak lagi membekalkan minyak yang ditapis untuk diekspot ke Iran (khabarnya RII tidak punya kemudahan menapis petroleum asli). Ini adalah hasil koloborasi US untuk menekan RII kerana tidak mahu tunduk tekanan US terhadap isu tenaga nuklear RII.

Kita tidak tahu apakah bentuk imbalan kepada Malaysia terhadap pemboikotan terhadap RII ini. Petronas sudah pasti kehilangan hasil ekspot minyak ini yang tidak diketahui kuantiti dan nilaiannya. Atau, US mengancam sesuatu dari segi ekonomi atau tekanan lain sekiranya Malaysia tidak mahu tunduk kepada embargo atas inisiatif Amerika ini. Hanya PN dan Obama yang boleh menjawap hasil perundingan mereka berdua selain malaikat pencatat amal dan Tuhan.

Saya cuma ingin membuat perbandingan diplomasi antara pentadbiran Malaysia dahulu dan sekarang, antara lain;

1 . SemasaPerang Teluk 1 dahulu, Presiden G. Bush Sr. Sekadar menelefon Tun M bagi mendapat perkenan Malaysia yang ketika itu menjadi anggota keselamatan PBB untuk menyerang Iraq dalam Operasi Desert Storm.

2, Sekarang, PN menghadap Obama di Washington DC (selepas imbuhan kepada pelobi) yang kemudiannya disusuli dengan kenyataan menghentikan ekspot minyak saringan ke RII. Ada apa-apa ke PN?. RII adalah sebuah negara yang paling lantang menentang US dan Israel dalam isu Palestina dan Timur Tengah.

Apapun, sejak Revolusi tahun 1979, RII sudah banyak kali dikenakan embargo, tekanan dan pemboikotan dunia yang dijuarai oleh US. Walhasil, RII makin gagah di persada dunia. Israel sendiri mempertikaikan embargo ini tidak punya gigi untuk menggigit RII. Kita tidak tahu sampai mana tindakan US TERHADAP RII atas isu tenaga nuklear kali ini. Cuma yang kita tahu, siapa ketua pembuli dan siapakah yang dibuli sekadar menjadi Pak Angguk-angguk dan geleng-geleng.

0 comments: