SURAT RAYUANKEPADA PENGUNDI-PENGUNDI DUN MACHAP
Oleh Tun Telanai Laman M@RHAEN
Sebagaimana yang saudara-saudari semua ketahui, saudara-saudari di KawasanDUN Machap akan turun membuat pemilihan wakil rakyat baru pada hari Khamis,12 April 2007 nanti bagi menggantikan mendiang Poh Ah Tiam, 55 yang telahmeninggal dunia pada 15 Mac lepas. Saudara-saudari masih ada waktu untukmemikirkan baik-buruk dalam membuat pemilihan wakil saudara-saudari ke DUNMelaka bagi memperjuangkan nasib saudara-saudari.Sama ada saudara-saudari hendak memilih sekali lagi calon daripada MCA [LaiMeng Chong] atau saudara-saudari hendak membuat kejutan dengan memilihcalon DAP [Liou Chen Kuang] terpulanglah kepada saudara-saudari sendiriuntuk membuat keputusannya. Pisau di tangan saudara-saudari dan mentimunjuga di tangan saudara-saudari.Saudara-saudari yang dihormati sekalian,Sejarah telah merakamkan bahawa sebahagian besar para pemimpin UMNO dan BNyang terdiri daripada parti-parti MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain partiberdiri di atas tiket [merebut kuasa, kedudukan dan pangkat] adalah untukmemperjuangkan kepentingan peribadi bukan untuk kepentingan rakyat jelata.Hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun termasuk saudara-saudariyang tinggal di kawasan DUN Machap ini. Saudara-saudari pasti mendengar,membaca dan menonton wajah-wajah para pemimpin UMNO dan BN yang didakwaterlibat dengan berbagai salahguna kuasa, menggunakan kedudukan untukmencari faedah peribadi dan keadaan rasuah di Negara kita sekarang inisemakin menjadi-jadi.Amalan rasuah yang dihina dan dikeji ini telah diangkat sebagai budayadalam kehidupan politik para pemimpin UMNO dan BN. Ia telah menjadi sinonimdalam perjuangan UMNO dan BN. Oleh itu, tidak hairanlah apabila merekaberkempen dalam setiap kali pilihanraya kecil atau umum, mereka menggunakansegala-galanya yang ada pada mereka. Rasuah bermaharajalela, penggunaanjentera, Jabatan dan agensi kerajaan [termasuk di IPTA] digunakansemahu-mahunya tanpa merasa bersalah menggunakan harta rakyat. Hukumnyatetap bersalah melanggar Akta Pilihanraya dan berdosa di hadapan AllahS.W.T.Laporan demi laporan dibuat mengenai penyalahgunaan kuasa ini, namunagensi-agensi yang terlibat seperti pasukan polis, BPR, SPR danlain-lainnya tidak mengambil sebarang tindakan. Pilihanraya kitasaudara-saudari bergelumang dengan dosa dan noda. Oleh sebab itu, merekamenolak politik Islam kerana kejahatan, ketidakadilan dan kezaliman merekatidak dapat diteruskan ke atas pihak yang lemah yang mereka sendiri lakukandengan bantuan dan kerjasama agensi-agensi yang disebutkan tadi.Gaya hidup mewah yang melampau yang ditunjukkan oleh para pemimpin UMNO danBN adalah lambang kerakusan kuasa, mereka merompak, mencuri danmembahagi-bahagikan [memfaraidkan] khazanah Negara sesama mereka danmeninggalkan rakyat dengan pelbagai masalah yang menghimpit kehidupanrakyat. Kemiskinan masih tinggi di seluruh Negara, termasuk di Machap ini.Kemiskinan tidak mengenal kaum dan bangsa ataupun agama.Kemiskinan terjadi kerana terdapat jurang pendapatan yang rendah tidaksetanding dengan kos belanja hidup yang semakin meningkat dari semasa kesemasa. Kerajaan sendiri menggalakkan kenaikan kos belanja ini denganmenaikkan harga minyak, tol, tarif air dan elektrik. Kenaikan-kenaikan inimenjadikan kos harga barangan dan perkhidmatan meningkat menjadi bertambahmahal di pasaran, manakala pendapatan rakyat tidak banyak berubah. Masihramai lagi rakyat yang tidak mampu memiliki rumah sendiri yang selesa.Rakyat yang hidup di rumah-rumah setinggan terutama di Selangor dan diKuala Lumpur, mereka dihalau seperti anjing kurap tanpa ada nilai ihsandalam diri para pemimpin UMNO dan BN. Mungkinkah ini merupakan satu nilaiatau tamadun baru yang cuba diterapkan dalam masyarakat Malaysia kini,iaitu pihak yang kuat menindas pihak yang lemah. Pihak yang lemah [miskin]wajib mengalah atau mematuhi apa jua yang dikehendaki oleh pihak yang kuat[kaya dan pemerintah] iaitu selaras dengan ajaran Islam Hadhari?Dalam hal ini, kerajaan gagal melaksanakan dasar meluaskan peluang-peluangperniagaan, gagal berusaha membantu rakyat menambah pendapatan melaluikemasukan modal luar dan dalam untuk melabur di Negara ini yang akanmemberi peluang pekerjaan kepada rakyat. Kerajaan juga gagal mengurangkankadar pengangguran. Kadar pengangguran semakin bertambah besar ekorandaripada pertambahan bilangan pencari kerja setelah tamat belajar setiaptahun dan kerajaan didapati gagal untuk menampung keperluan tenaga kerjatersebut kerana tidak mempunyai satu perancangan yang strategik bagimengatasi masalah ini baik di sektor awam dan swasta.Saudara-saudari yang dihormati sekalian;Saya pasti saudara-saudari masih ingat lagi kes bekas Ketua Menterisaudara-saudari, iaitu Abdul Rahim Tamby Chik. Rahim ketika beliau berkuasadahulu itu, beliau sedikit pun tidak memperjuangkan nasib saudara-saudari.Rahim juga didakwa terlibat dengan skandal seks dengan seorang budakperempuan di bawah umur. Lim Guan Eng bangkit berjuang atas isu ini membelaorang Melayu yang teraniaya [tidak dapat pembelaan daripada orang Melayusendiri] sehinggakan beliau mendapat kesengsaraan dan hilang kesemuanya apayang beliau miliki.Rahim ketika itu [sibuk merompak dan mencuri harta rakyat] tidak berusahauntuk melepaskan saudara-saudari daripada lingkaran kemiskinan, sebaliknyabeliau berusaha menimbunkan kekayaan peribadi. Hidupnya dikelilingi olehkekayaan dan kemewahan. Nilai hartanya berbillion ringgit [bukan jutaanlagi] dan tidak termimpi oleh saudara-saudari sendiri untuk memilikinyasepanjang hayat saudara-saudari.Lihatlah saudara-saudari kehidupan sekeliling Perdana Menteri [PM] kita,Abdullah Ahmad Badawi. Orang beragama dan cucu kepada ulama terulung diNegara ini, tetapi sayang seribu kali sayang kehidupannya dicemari dengankemewahan yang melampau sebagai seorang pemimpin. Beliau sedikit pun tidakmahu mengambil pengajaran daripada al-Quran ataupun meladani kaedahpemerintah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang masyhur itu.Abdullah dikelilingi oleh anak-menantu dan adik-beradiknya yangberebut-rebut meraih keuntungan peribadi ketika beliau sebagai PM yangberkuasa di dunia ini. Menantunya, Khairy Jamaludin berlagak sebagai PMlebih daripada PM sendiri, sedangkan Khairy tidak memegang apa-apa punjawatan dalam kerajaan, melainkan dalam bidang politik, itu pun sebagaiNaib Ketua Pemuda UMNO yang tidak mempunyai apa-apa kuasa.Sampai hati sebagai pemimpin sanggup meninggalkan rakyat yang ditimpa balaoleh Allah S.W.T bercuti dan mengelilingi dunia dengan kapal mewah. Bolehbersuka ria di Perth, Australia makan nasi kandar, sedangkan rakyat makannasi kawah. Berbelanja mewah dan membazir. Habiskan duit rakyat denganmembeli kapal terbang mewah, mengubahsuai kediaman rasmi PM di Putrajayamenelan belanja hampir RM35 juta dan kerap kali keluar negara. Tapakkakinya lebih lama memijak karpet kapal terbang mewah daripada memijakbumi. Sebagai pemimpin tidak layak sama sekali berkata yang beliau'memantau dari jauh'. Pemimpin mesti bersama-sama dengan rakyat sama adadalam keadaan susah dan senang.Abdullah banyak bercakap, berslogan dan berteori. Tetapi cakap beliau cakaptidak serupa bikin dalam banyak sektor pengurusan Negara seperti dalam soalperekonomian, kebebasan berpolitik, lemah dalam aspek akauntabiliti danhilang integriti yang banyak perkara menimbulkan permasalahan kepada Negaraini. Rakyat yang hidup di bawah kepemimpinan seperti ini sangat sukar untukmendapatkan rahmat dan naungan daripada Allah S.W.T. Buktinya,saudara-saudari kita telah menempuh berbagai masalah dan pancaroba yangkita boleh menghayatinya melalui 'dhamir' diri sendiri yang tidak secaralangsung menghapuskan keselesaan kehidupan kita dan menggelapkan masa depanNegara.Saudara-saudari yang dihormati sekalian,Timbalan PM, Najib Tun Razak apa kurangnya. Kisah kerenah Rosmah yangsebagai penasihat dan kaki kontrol telah menjadi bahan bualan ramai orang.Najib banyak terlibat dengan skandal dengan penyanyi, isteri orang [suamiRosmah] dan kini menghadapi masalah yang paling besar dalam kerjayapolitiknya [tidak pernah ada cabaran dalam politik dan kenaikannyasemata-mata berdasarkan lantikan] yang menentukan jatuh-bangunnya dalampolitik Negara adalah isu model berusia 28 tahun bernama Altantuya Sharibu.Beliau kini ditekan dari segenap penjuru berkaitan isu ini. Tambahan pulaperancangan rapi daripada Khairy menantu Abdullah yang mahu melihat Najibjatuh seperti Anwar Ibrahim dan beliau akan mengambil tempat itu selagi adakesempatan Abdullah berkuasa.Saudara-saudari, kepimpinan Negara ini dibentuk bukan berdasarkan kepadaNegara kebajikan untuk membantu rakyat seperti yang diamalkan olehkebanyakan kuffar seperti Britain. Di Britain, PMnya, para menteri danahli-ahli politik, mereka tidak ada hak imuniti seperti yang diamalkan diNegara kita. Mereka boleh didakwa di mahkamah termasuk Tony Blair, tetapikita, semua orang kuat politik [merujuk 18 kes berprofil tinggi] tidak akandidakwa, hanya sekadar menyiasat sebagai hiasan dan lakonan untuk menutupmata dan telinga rakyat.Hasilnya, Khalil Yaakob dilantik sebagai Yang Di Pertuan Besar walaupunFauzi Abdul Rahman membuat laporan polis dan BPR mengenai isu pembalakan diPahang, Adnan Yaakob dan Khir Toyo masih lagi jadi MB, Dr.Ling Leong Sik[meletakkan jawatan sebagai Presiden MCA], Samy Vellu [kes Maika] masihjadi menteri, begitu juga Rafidah Aziz, A.Nazri Aziz, Taib Mahmood, MusaAman, Johari Baharom dan masih ramai lagi yang terlibat dengan amalanrasuah dan penyalahgunaan kuasa yang masih memegang jawatan kerajaan danmenjadi wakil rakyat sama ada di peringkat Parlimen dan DUN.Saudara-saudari yang dihormati sekalian,Ketua Menteri saudara-saudari, Mohd Ali Rustam dikatakan merupakan salahseorang yang dikatakan terlibat politik wang dalam pertandingan NaibPresiden UMNO, tetapi beliau diselamatkan dengan penutupan segera kestersebut oleh Najib kerana beliau tidak menggugat sesiapa, tidak sepertiapa yang berlaku ke atas Isa Samad yang mendapat undi tertinggi, tetapidisebabkan komplot yang dirancang oleh Khairy, maka Isa dikorbankan.Ali juga didapati membazirkan duit rakyat sebanyak RM250,000 setiap tahundengan memberi setiap ADUN [termasuk Exco] RM13,000.00 untuk mengadakanrumah terbuka dan menyambut hari perayaan lainnya. Ini adalah wang rakyat,wang saudara-saudari, bukankah ini merupakan satu penyalahgunaan kuasakerana ia dibelanjakan untuk tujuan politik. Sepatutnya kos makanan danminuman, ADUN dan Exco yang mengeluarkannya tetapi sebaliknya bukannyakeluar dari kocek mereka, tetapi daripada wang rakyat sendiri.Saudara-saudari renungkanlah apa yang saya perturunkan di bawah sebagaiiktibar, jangan ulangi lagi kesalahan memilih pemimpin:Laporan Ketua Audit Negara 1998Menyelewengkan duit Yayasan Melaka berjumlah RM1.2 juta. Mendapat perolehansebanyak RM640,000 tanpa tender terbuka dan membuat perolehan tanpa sebutharga sebanyak RM254,000.00.Perbelanjaan barangan mewah dalam tahun 1997 dan 1998 adalah sepertiberikut: 2,500 unit beg sekolah @RM21/unit sebanyak RM52,500 dan 2,800 unitbeg sekolah @RM19/unit sebanyak RM53,200 untuk sumbangan pelajar miskinberjumlah RM105,700;600 helai tali leher sutera @RM98 sehelai berjumlah RM58,800;500 unit tie-clips/cuff-links/key chain/gold-plated brass c/w designer box@ RM175 each berjumlah RM87,500;Percetakan: 3,000 brochure untuk Auditorium RM24,2104,000 naskah buletin Yayasan RM25,210200 helai tudung sutera RM14,00025 unit Pierre Cardin Briefcase@RM1,550 seunit RM38,750Floor Mat untuk bilik tandas RM11,00027 pasang blazer @ RM1,650 sepasang RM44,55058 helai blazer@RM676 sehelai RM39,23410 helai lounge suits@RM1,250 sehelai RM12,5002 unit akuarium marin dan kelengkapan akuarium RM20,040Menukar dan memasang satu pintu pejabat Yayasan RM25,000Menyalahi Peraturan Kewangan Dengan Tidak Memanggil Sebutharga Dan Tender,Perbelanjaan Atas Kegunaan Peribadi Dan Urusan Tidak RasmiProjek-projek mewah kerajaan negeri yang merugikan rakyat seperti:? Projek Lebuhraya Sungai Udang Ke Durian Tunggal sebanyak RM 280 jutasepanjang 21 km atau RM 14 juta sekilometer di mana hanya separuh adalah 4lorong kereta;? Projek Hang Tuah Mall sebanyak RM 8.5 juta;? Projek air terjun Bukit Bruang sebanyak RM 1.7 juta;? Projek pintu gerbang MBMB sebanyak RM 2.7 juta;? Jeti Parameswara sebanyak RM 13 juta;? Satu yunit tandas sebanyak RM 125,000/-? Bandaraya Mall(Taj Mahal di Bangunan MBMB) sebanyak RM 4.5 juta;? Projek pesiaran kaki Jonker Walk sepanjang 600 meter sebanyak RM 1.8 jutaatau RM 300 sekaki;? Bunga pasu sebanyak RM800 sebuah di sepanjang Jalan Bendahara;? Air pancut dan pesiaran kaki di depan Mahkota Parade sebanyak RM 2 jutadan jalan berbatu yang rosak sebaik ia disiap sebanyak RM 2.5 juta.Pemberian wang peruntukan kawasan yang tidak ada akauantibiliti menyebabkanbanyak penyelewengan berlaku seperti berikut:.Contohnya pada 2001 DUN Bandar Hilir, Durian Daun dan Tengkeramasing-masing diberikan RM50,000 manakala DUN Duyong memperolehiRM150,000/-. Cara ia dibelanjakan sungguh tidak bertanggungjawab sekalicontohnya dalam tahun 2001 bagi:-a) DUN Tengkera sebanyak RM50,000RM 26,400 untuk pergi melancong dan melawat, termasuk ke negeri Kelantanyang dikuasai oleh PAS ataupun lebih 50% daripada peruntukan tahunan; danjamuan makan dan kenduri sebanyak RM6,000/-.b) DUN Bandar Hilir sebanyak RM50,000Membekalkan 25 buah hamper Hari Raya sebanyak RM 1,000; danMembeli 11 pasang lounge suit ahli Persatuan Angkat Berat sebanyak RM 6,160atau RM 560 sepaang dari peruntukan DUN Bandar Hilir;c) DUN Durian Daun sebanyak RM50,000Membiayai aktiviti kumpulan tarian dan kebudayaan MCA Melaka yang diterimaoleh Encik Chong Yong Keong sebanyak RM2,000/- dari DUN Durian Daun; danMembekalkan 25 buah hamper Hari Raya sebanyak RM1,000;d) DUN Duyong sebanyak RM150,00010 pasang lounge suits untuk ahli atlet Persatuan Angkat Berat NegeriMelaka sebanyak RM5,600/- atau RM 560 sepasang; 55 buah hamper Hari Rayasebanyak RM2,200/-; danRM37,000 untuk makan angin di Sarawak.Pada tahun 2000, RM 1,770 dibelanjakan dari peruntukan DUN Duyong untukmembeli telefon bimbit untuk pejabat ADUN Duyong pada masa itu. Jelassekali penyalahgunaan sedemikian amat ketara sekali sehingga membelihamper, makan angin, jamuan makan, telefon bimbit untuk kepentingan pejabatperibadi dan juga untuk tujuan politik MCA. Apa faedah kepada rakyat?Berjuta-juta ringgit digunakan untuk elaun dan tuntutan Ketua Menteri, AhliEXCO dan ADUN setiap tahun. YAB Ketua Menteri mendapat elaun bulanan RM6,750 daripada menghadiri mesyuarat dan subsidi perbelanjaan Hari Rayaadalah mengikut perbelanjaan sebenar yang boleh sampai RM50,050 pada tahun2000. Speaker dan Ahli-ahli EXCO menerima subsidi perbelanjaan hariperayaan masing-masing RM 10,000 setiap orang, dan untuk ADUN BN sahajaRM5,000 setiap orang.Malah subsidi hari perayaan setiap tahun hampir RM250,000/- membazirkanwang rakyat tanpa memberikan sebarang faedah kecuali membolehkan setiapahli EXCO dan ADUN BN untuk mengadakan rumah terbuka dan menyambut HariRaya masing-masing secara percuma. Memandangkan ia adalah wang rakyat,bukankah ini merupakan satu penyalahgunaan kuasa kerana membolehkan iadibelanjakan untuk tujuan politik BN. Rumah terbuka yang diadakan oleh ADUNBN adalah wang rakyat.Di samping itu, tuntutan elaun perjalanan oleh ADUN-ADUN Melaka. Contohnyamenurut jawapan rasmi dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri Melaka oleh YABpada 4hb April 2001, ADUN Duyong Datuk Wira Gan Boon Leong telah membuattuntutan elaun perjalanan bukan atas kerja awam tetapi kepentinganperibadi. Sekiranya benar, ia boleh dianggap sebagai satu penyalahgunaanwang awam yang sukar direstui umum.Elaun perjalanan sepatutnya dibuat atas urusan rasmi. Adalah keterlaluansekiranya tuntutan elaun perjalanan disalahgunakan sehingga merangkumiurusan peribadi atau urusan yang dijalankan di dalam rumah sendiri seperti:- mempengerusikan sidang akhbar di rumah sendiri;- menghadiri majlis perkahwinan;- menghadiri mesyuarat politik parti MCA di Kuala Lumpur;- melawat kawasan berhampiran rumahnya;- melawat pesakit di hospital; dan- menerima rawatan sebagai pesakit di hospital.Tuntutan pakaian, elaun perjalanan dan pembaikan kereta dari YAB KetuaMenteri, Ahli EXCO, ADUN dan setiausaha politik dan setiausaha sulit untuk2001 dan 2002 melebihi RM1.2 juta. Elaun perjalanan sahaja untuk YB Macapialah RM45,658.85 pada tahun 2001. Dengan elaun, tuntutan danpenyalahgunaan peruntukan pembangunan sedemikian tepatlah peribahasa Cina,"Jadi wakil rakyat, jadi kaya", di mana slogan pilihanraya besar MCA,"orang dalam kerajaan senang buat kerja" patut diubah kepada "orang dalamkerajaan senang cari makan"!.Penyelewengan Tabung Kebajikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka sebanyakRM908,243.33 sejak 19 Disember 2001.YAB Ketua Menteri Melaka telah menubuhkan satu Tabung Kebajikan peribadi diatas nama peribadinya sendiri demi membolehkan bantuan kewangan dihulurkankepada pesakit miskin dan berkeperluan untuk kos dan perbelanjaan hospitaldan perubatan. Adalah difahamkan sejak 19.12.2001 bila RM5,000 dimasukkan,sebanyak RM908,242.33 telah dimasukkan dan digunakan sehingga 31 Mac 2005iaitu:. RM122,950 pada tahun 2001/2002;. RM286,000 dalam tahun 2003;. RM449,292.33 dalam tahun 2004; dan. RM50,000 setakat 31 Mac 2005.Sumber wang Tabung misteri ini berasal dari UMNO Negeri Melaka sebanyakRM368,283.82 dan bakinya sebanyak RM539,958.51 adalah diperolehi daripadaderma orang awam yang dipungut oleh YAB Ketua Menteri Melaka. YAB KetuaMenteri mendakwa di suratkhabar berkali-kali bahawa Tabung inidiselenggarakan oleh Southern Hospital (kini digelarkan Hospital Putra)untuk membolehkan orang awam yang miskin memohon bantuan kewangan perubatanbaik di hospital swasta atau kerajaan.Akan tetapi siasatan ke atas maklumat yang diperolehi bahawa sepanjang tigatahun Tabung misteri ini beroperasi, lebih daripada RM590,000 (65%)digunakan untuk orang kaya bergelar Datuk-datuk dan ahli keluarga YAB KetuaMenteri Melaka sendiri. RM365,000 atau 40% digunakan untuk ahli keluargaYAB Ketua Menteri sendiri termasuk isteri, anak-anak, abang ipar, makmertua, kakak dan Allahyarhamah emaknya. Manakala RM225,000 atau 25%digunakan untuk pesakit bergelar datuk ataupun isteri datuk. Amatmenghairankan mengapa ahli keluarga seperti isteri dan anak perlu mengambilkesempatan dalam tabung misteri ini dan menafikan hak orang miskin bilarawatan perubatan memang diberikan secara percuma oleh kerajaann kepadaahli keluarganya selaras dengan kedudukannya sebagai YAB Ketua MenteriMelaka.Isu ini adalah berkepentingan awam kerana melibatkan tiga perkara penting:a) Sumber wang adalah daripada orang awam dan dikutip atas matlamat murnimembantu orang miskin dan golongan tidak berada;b) Bantuan wang tidak dihulurkan semua kepada orang miskin dan golongantidak berada sebaliknya kepada golongan berada bergelar Datuk dan ahlikeluarga YAB Ketua Menteri Melaka sendiri; danc) Tidak ada sebarang pengumuman awam bahawa pesakit miskin boleh memohonbantuan atau kriteria kelayakannya sehingga orang awam hanya tahu tentangtabung misterinya selepas tiga tahun didirikan bila didedahkan saya.Saudara-saudari yang dihormati,Begitulah sedikit sebanyak maklumat yang saya boleh berikan kepadasaudara-saudari berfikir secara matang sebelum mengundi. Kalausaudara-saudara masih lagi memilih calon dari MCA yang tidak fasih BahasaMelayu itu, maka nasib yang akan menimpa saudara-saudari tidak akanberubah, malah akan bertambah malang. Para pemimpin UMNO/BN adalahpembohong paling besar dalam sejarah dunia moden. Untuk menang, merekasanggup buat apa sahaja. Mereka akan terus berlakon untuk menipu rakyat dandalam masa yang sama, mereka akan menutup semua saluran maklumat agarrakyat termasuk saudara-saudari yang akan mengundi pada hari Khamis inimenjadi bisu, pekak dan buta kepada maklumat. Pembohongan mereka akandibantu oleh media massa dan agensi-agensi kerjaan yang disebutkan di atasitu.Awas perangkap UMNO dan BN.Ketua Perusuh"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA"
